Dasar Privasi

Notis ini menerangkan dasar privasi am Mandarin Oriental Hotel Group*. Dengan melayari www.mandarinoriental.com, anda menerima amalan yang diterangkan dalam notis ini.
 
1. Apakah maklumat tentang anda yang kami kumpulkan?

Mandarin Oriental mengumpul maklumat anda untuk beroperasi dengan lebih efektif dan memberikan anda pengalaman terbaik dengan perkhidmatan kami. Jenis maklumat tertentu yang dikumpulkan bergantung pada konteks interaksi anda dengan Mandarin Oriental, dan perkhidmatan yang anda gunakan. Berikut ialah contoh maklumat yang mungkin dikumpulkan:

 

  • Maklumat hubungan (seperti gelaran/pangkat, nama, alamat e-mel, alamat surat-menyurat, nombor telefon dan keutamaan orang hubungan);
  • Maklumat pembayaran (termasuk nombor kad pembayaran, alamat pengebilan dan maklumat akaun bank);
  • Data demografi (seperti umur, jantina, negara dan bahasa pilihan);
  • Maklumat berkaitan tempahan, penginapan atau kunjungan anda ke mana-mana hartanah (termasuk hotel-hotel Mandarin Oriental tempat anda pernah menginap, tarikh ketibaan dan berlepas, serta barangan dan perkhidmatan yang dibeli, corak perbelanjaan dan tempahan serta metrik berkaitan);
  • Maklumat pengenalan diri yang dikeluarkan oleh kerajaan (seperti nombor pasport, nombor kad pengenalan, butiran visa atau dokumen pengenalan lain);
  • Maklumat yang diperlukan untuk memenuhi permintaan khas dan/atau penginapan khusus anda;
  • Maklumat kesetiaan, termasuk keahlian program kesetiaan, butiran akaun dalam talian, butiran profil atau kata laluan dan sebarang afiliasi program pengguna penerbangan kerap atau rakan perjalanan;
  • Salinan surat-menyurat anda jika anda menghubungi kami, termasuk e-mel, mesej dan rekod panggilan;
  • Maklumat yang diberikan berkaitan dengan pertanyaan atau pernyataan minat yang berkaitan dengan Mandarin Oriental Residences dan/atau Exceptional Homes, termasuk maklumat yang dihantar melalui borang dalam talian atau komunikasi lain;
  • Minat dan pilihan anda, termasuk pilihan perkhidmatan, penginapan dan kemudahan (seperti pilihan minuman dan pilihan pengemasan);
  • Maklum balas anda, termasuk respons tinjauan, penyertaan kajian pasaran dan maklum balas sebelum ketibaan atau selepas penginapan;
  • Maklumat audio, visual atau maklumat serupa yang dikumpul di tempat anda memilih untuk menyertai aktiviti penyelidikan kualitatif, seperti temu bual atau rakaman;
  • Maklumat yang terkumpul melalui penggunaan sistem televisyen litar tertutup, kunci kad dan sistem keselamatan lain; dan
  • Maklumat yang berkaitan dengan penggunaan dan interaksi anda dengan laman web, aplikasi dan platform digital kami.

 

Terdapat keadaan di mana maklumat peribadi yang anda berikan kepada kami atau yang kami kumpulkan mungkin diklasifikasikan sebagai maklumat peribadi sensitif di bawah undang-undang privasi di sesetengah bidang kuasa (cth., alahan makanan, keadaan perubatan, maklumat biometrik, maklumat kad kredit, serta data lokasi bergantung pada takrif maklumat peribadi sensitif di bidang kuasa berkenaan). Kami hanya memproses maklumat peribadi sensitif dalam bidang kuasa anda sekiranya dan setakat yang dibenarkan atau dikehendaki oleh undang-undang yang berkenaan (contohnya, bagi memastikan perkhidmatan kami dapat disesuaikan dengan keperluan anda seperti alahan makanan dan keadaan perubatan, serta untuk membolehkan pemprosesan pembayaran kad).

 

Kami mengumpul maklumat di atas dengan pelbagai cara, termasuk:

 

  • Maklumat yang Anda Berikan Kepada Kami: Kami menerima dan menyimpan maklumat yang anda muat naik ke laman web kami atau yang diberikan kepada kami dengan cara lain, termasuk, contohnya, apabila anda menginap sebagai tetamu di hotel-hotel yang kami uruskan. Anda boleh tentukan sebanyak mana maklumat untuk dikongsi dengan kami dalam kebanyakan kes, tetapi penglibatan anda dalam aktiviti tertentu akan terhad jika maklumat yang diperlukan tidak dikongsi, seperti maklumat pembayaran yang diperlukan untuk melengkapkan tempahan anda. Jika anda memberi maklumat peribadi yang berkaitan dengan orang lain (cth., jika anda membuat tempahan untuk individu lain), anda menyatakan bahawa anda diberi kuasa oleh orang berkenaan untuk berbuat demikian dan membenarkan kami menggunakan maklumat tersebut mengikut dasar privasi ini. Anda juga mewakili bahawa maklumat yang anda berikan adalah tepat.
  • Maklumat Automatik: Apabila anda menggunakan atau berinteraksi dengan laman web kami dan/atau menggunakan mana-mana aplikasi yang boleh tersedia di laman web kami, kami menerima dan menyimpan maklumat yang terhasil oleh aktiviti anda dan maklumat yang dikumpul secara automatik dari pelayar web atau peranti mudah alih anda. Sebagai contoh, seperti kebanyakan laman web, kami memperoleh maklumat tertentu apabila pelayar web anda mengakses laman web kami termasuk alamat IP anda, jenis pelayar, sistem operasi, data rangkaian mudah alih, halaman yang dilayari dan waktu pengaksesan. Maklumat ini membantu kami untuk berkomunikasi dengan pelanggan bagi lebih memahami mereka.
  • Sistem Keselamatan: Apabila anda melawat hartanah di bawah pengurusan kami, maklumat anda boleh dikumpulkan melalui sistem televisyen litar tertutup, kad kunci elektronik dan sistem keselamatan lain hartanah tersebut.
  • Maklumat daripada Sumber Lain: Kami boleh menerima maklumat tentang anda daripada sumber lain, seperti pangkalan data awam, rakan pemasaran bersama, dan pihak ketiga yang lain. Ini boleh termasuk maklumat daripada ejen pelancongan anda, syarikat penerbangan, kad kredit dan rakan kongsi yang lain.
  • Pengehadan Umur: Mandarin Oriental tidak dengan sengaja mengumpul maklumat peribadi yang boleh dikenal pasti dari laman web kami daripada mana-mana individu di bawah umur 18 tahun. Mandarin Oriental boleh mengumpul maklumat peribadi yang boleh dikenal pasti daripada individu yang berumur di bawah 18 tahun sebagai sebahagian daripada proses pendaftaran tetamu, tetapi sentiasa dengan persetujuan ibu bapa atau penjaga mereka.
 
2. Bagaimanakah kami menggunakan maklumat anda?

Mandarin Oriental mengumpul maklumat anda untuk beroperasi dengan lebih efektif dan memberikan anda pengalaman terbaik dengan perkhidmatan kami. Mandarin Oriental boleh mengumpul, menggunakan dan mendedahkan maklumat yang dikumpulnya untuk pelbagai sebab, termasuk untuk tujuan berikut:

 

  • Pemenuhan Tempahan dan Pembelian Lain: Kami boleh memproses maklumat yang berkaitan dengan transaksi yang anda lakukan bersama kami dan/atau melalui laman web kami (“data transaksi”). Data transaksi boleh diproses untuk tujuan melengkapkan tempahan bilik anda, memudahkan tempahan Mandarin Oriental Exceptional Homes, membekalkan barangan dan perkhidmatan yang dibeli, menyesuaikan perkhidmatan kami mengikut pilihan anda, mendapatkan maklum balas anda tentang penginapan anda di hartanah kami, dan untuk menyimpan rekod transaksi dengan baik.
  • Program Keahlian: Untuk mentadbir dan mengendalikan program keahlian sukarela, termasuk program Fans of M.O., program kesetiaan dan program pengguna penerbangan kerap. Data boleh diproses bagi tujuan merekod data penginapan dan data transaksional, mengutip serta menebus ganjaran, mata atau kredit yang berkaitan dengan program tersebut.
  • Respons kepada Pertanyaan: Kami boleh memproses maklumat yang terkandung dalam atau berkaitan dengan sebarang komunikasi yang anda hantar kepada kami (“data surat-menyurat”). Data surat-menyurat boleh merangkumi kandungan komunikasi dan metadata yang berkaitan dengan komunikasi. Data surat-menyurat boleh diproses untuk tujuan berkomunikasi dengan anda dan penyimpanan rekod.
  • Tujuan Perniagaan Dalaman: Bagi tujuan perniagaan dalaman kami, seperti analisis data, audit, membangunkan produk baru, mempertingkat laman web, menambah baik perkhidmatan kami, mengenal pasti trend penggunaan dan pola lawatan, menentukan keberkesanan promosi kami, dan memenuhi obligasi kontrak.
  • Pentadbiran dan Komunikasi Lain: Untuk menyampaikan kepada anda maklumat penting mengenai laman web kami, perubahan terma, syarat dan dasar kami, atau maklumat pentadbiran lain (cth., maklumat mengenai tempahan perjalanan anda, seperti pengesahan tempahan).
  • Pemasaran dan Promosi: Untuk menyampaikan berita dan promosi kepada anda berhubung produk dan perkhidmatan yang berkaitan dengan Kumpulan Hotel Mandarin Oriental serta produk dan perkhidmatan lain yang boleh menarik minat anda, dan untuk mengendalikan cabutan bertuah, peraduan, atau aktiviti pemasaran atau promosi lain.
  • Kecerdasan Buatan: Untuk memperibadikan pengalaman pelanggan, menganalisis dan merumuskan maklum balas tetamu, respons tinjauan serta bahan penyelidikan, mengesan aktiviti penipuan atau mencurigakan, mengkategorikan dan menganalisis segmen pelanggan, serta menambah baik produk dan perkhidmatan kami. Alat-alat ini beroperasi di bawah pengawasan manusia dan tidak menghasilkan keputusan yang mempunyai implikasi undang-undang tanpa semakan oleh manusia. Maklum balas atau data penyelidikan yang digunakan bagi tujuan analitik atau penjanaan pandangan lazimnya diproses dalam bentuk agregat atau tanpa pengenalpastian individu, melainkan anda telah memberikan persetujuan sebaliknya. Anda berhak untuk memohon maklumat mengenai pemprosesan ini dan, jika berkenaan, memilih untuk tidak turut serta.
  • Keselamatan dan Jaminan Keselamatan: Untuk memastikan keselamatan dan perlindungan anda serta tetamu lain dan para pekerja, semasa kunjungan anda ke hotel dan kediaman di bawah pengurusan kami.
  • Tugas Perundangan Kami: Untuk mematuhi kehendak undang-undang dan pengawalaturan atau tuntutan menurut undang-undang terpakai, perintah mahkamah, sepina, atau proses perundangan lain.
  • Penggunaan Tambahan: Kami juga boleh menggunakan data anda dalam cara lain seperti yang diterangkan kepada anda semasa anda memberikan maklumat tersebut kepada kami.

 

Asas undang-undang untuk pemprosesan maklumat peribadi anda terdiri daripada satu atau lebih daripada sebab-sebab berikut bergantung pada keadaan: (i) persetujuan anda, dan/atau (ii) menyediakan perkhidmatan yang anda minta, dan/atau (iii) kepentingan sah, dan/atau (iv) pematuhan undang-undang terpakai, peraturan, perintah mahkamah atau proses undang-undang lain.

 
3. Bagaimanakah dengan kuki?

Kami menggunakan alat jejak seperti kuki pelayar dan suar web untuk mengumpulkan maklumat daripada anda. Kami mengumpul maklumat pengguna dari semasa ke semasa apabila anda melayari laman web ini atau mana-mana aplikasi yang boleh tersedia di laman web kami. Kami boleh menggunakan khidmat pihak ketiga untuk mengumpul maklumat peribadi dengan cara sedemikian. Ketahui lebih lanjut tentang alat ini dan bagaimana anda dapat mengawalnya di sini.

 
4. Adakah Mandarin Oriental berkongsi maklumat yang diterima?

Sebagai syarikat pengurusan hotel dan kediaman antarabangsa dan dengan kepelbagaian geografi global perniagaan kami, adalah penting untuk kami berkongsi maklumat dengan pihak lain untuk memberikan anda dan untuk mengekalkan perkhidmatan yang terbaik. Maklumat tertentu yang kami kongsi akan bergantung pada konteks interaksi anda dengan Mandarin Oriental dan perkhidmatan yang anda gunakan. Sehubungan itu, maklumat peribadi anda boleh dikongsi dengan beberapa pihak berikut setakat yang semunasabahnya perlu untuk tujuan dan berdasarkan asas undang-undang yang dinyatakan dalam dasar ini:

 

  • kepada mana-mana syarikat sekutu dalam Kumpulan Hotel Mandarin Oriental serta organisasi lain yang memiliki hotel dan kediaman yang kami uruskan; serta kepada wakil atau penasihat perjalanan yang telah membekalkan kepada kami maklumat peribadi anda (contohnya, ejen pelancongan, pembantu peribadi, majikan atau pasangan anda yang telah memberikan butiran anda kepada kami). Nama dan maklumat perhubungan wakil atau penasihat perjalanan tersebut adalah berbeza bagi setiap kes. Sila hubungi wakil atau penasihat pelancongan anda untuk sebarang pertanyaan berkaitan pemprosesan maklumat peribadi anda oleh wakil atau penasihat pelancongan tersebut;
  • kepada pemilik hartanah pihak ketiga yang berkaitan (dan, jika berkenaan, pengurus hartanah atau penyedia perkhidmatan), apabila anda membuat tempahan untuk Mandarin Oriental Exceptional Homes, di mana Mandarin Oriental bertindak sebagai ejen tempahan dan tidak memiliki, mengendalikan atau mengurus kediaman tersebut;
  • kepada pihak ketiga yang bukan sekutu Mandarin Oriental setelah kami mendapat persetujuan anda untuk berbuat demikian;
  • kepada rakan perniagaan kami yang dipercayai untuk memproses data bagi pihak kami, berdasarkan arahan kami dan dengan mematuhi dasar privasi kami serta sebarang kaedah kerahsiaan dan keselamatan yang sewajarnya;
  • kepada rakan pemasaran dan pengiklanan kami untuk penyediaan iklan yang lebih relevan di laman web kami serta untuk mendorong anda supaya melayari laman web kami lagi;
  • kepada penyedia perkhidmatan pihak ketiga (seperti Facebook atau Google) (i) untuk menyediakan analisis kepada kami bagi kami menilai dan meningkatkan produk dan perkhidmatan kami, (ii) membantu kami mengenal pasti tetamu dan pelanggan sedia ada dan bakal pelanggan yang serupa dengan kumpulan sasaran kami, dan (iii) membantu kami membahagi serta memahami kumpulan sasaran kami dengan lebih mendalam melalui penyediaan maklumat tambahan, supaya kami dapat menyampaikan komunikasi yang paling relevan dan bersasar.
  • kepada organisasi yang memiliki, mengurus atau mengendalikan spa, restoran, kelab kesihatan serta kemudahan lain di premis kami, agar mereka dapat menyediakan perkhidmatan mereka kepada anda;
  • kepada pihak ketiga yang bukan sekutu Mandarin Oriental jika kami percaya dengan niat baik bahawa ia perlu untuk: (1) mematuhi sebarang undang-undang, peraturan, proses perundangan terpakai atau permintaan kerajaan yang boleh dikuatkuasakan; (2) menguatkuasakan terma perkhidmatan yang berkenaan, termasuk penyiasatan pelanggaran yang berkemungkinan; (3) mengesan, mencegah, atau sebaliknya menangani isu penipuan, keselamatan atau teknikal; dan (4) melindungi daripada ancaman terhadap hak, harta atau keselamatan Mandarin Oriental, pengguna kami atau orang awam sebagaimana yang diperlukan atau dibenarkan oleh undang-undang; dan
  • kepada mana-mana pihak ketiga setakat yang perlu berkaitan dengan penjualan semua atau sebahagian daripada operasi atau aset perniagaan kami.

 

Jika anda menetap atau menempah hartanah di Republik Rakyat China, sila klik di sini untuk senarai penuh syarikat-syarikat, pemilik-pemilik dan organisasi-organisasi lain ini yang boleh menentukan tujuan dan kaedah pemprosesan apabila memproses maklumat anda, termasuk butiran hubungan mereka serta maklumat tentang apa, bagaimana dan mengapa maklumat peribadi anda diproses.

 
5. Adakah Mandarin Oriental memindahkan maklumat ke luar negara?

Sebagai syarikat pengurusan hotel dan kediaman antarabangsa dan dengan kepelbagaian geografi global perniagaan kami, adalah penting untuk kami berkongsi maklumat merentasi pelbagai bidang kuasa untuk memberikan anda dan untuk mengekalkan perkhidmatan yang terbaik. Dengan menggunakan dan/atau membeli barangan dan perkhidmatan kami, atau apabila Mandarin Oriental memudahkan tempahan bagi Mandarin Oriental Exceptional Homes, kami mungkin memindahkan maklumat peribadi anda merentasi pelbagai bidang kuasa. Sehubungan itu, setakat yang semunasabahnya perlu untuk tujuan dan berdasarkan asas undang-undang, yang dinyatakan dalam dasar ini, kami boleh memindah dan menyimpan maklumat peribadi anda:


  • dalam atau ke Hong Kong S.A.R., United Kingdom dan Amerika Syarikat, yang merupakan lokasi pejabat korporat kami;
  • di negara-negara dan wilayah yang kami mengurus dan mengendalikan hotel dan kediaman dan/atau mengendalikan pejabat jualan termasuk Austria, Chile, China, Republik Czech, Perancis, Jerman, Greece, Hong Kong S.A.R., Indonesia, Itali, Jepun, Macau S.A.R., Malaysia, Maghribi, Oman, Qatar, Singapura, Sepanyol, St Vincent & The Grenadines, Arab Saudi, Switzerland, Taiwan, Thailand, Negeri Belanda, Turki, Emiriah Arab Bersatu, United Kingdom dan Amerika Syarikat; dan
  • di negara-negara dan wilayah lain di mana terletaknya pembekal perkhidmatan, penasihat, rakan kongsi dan perunding pihak ketiga kami, yang berubah dari semasa ke semasa.

Lihat bahagian 4 untuk maklumat lanjut tentang pemindahan di atas. Pindahan tersebut boleh dibuat ke negara atau wilayah yang tidak dapat memberikan perlindungan privasi yang sama seperti yang disediakan oleh negara atau wilayah tempat maklumat itu dikumpulkan tetapi kami akan mengambil langkah yang munasabah (seperti memasuki perjanjian pemindahan data berdasarkan klausa model Suruhanjaya Eropah atau klausa yang diluluskan oleh pengawal selia utama yang lain) untuk memastikan bahawa maklumat peribadi anda akan diuruskan mengikut prosedur keselamatan dan kerahsiaan yang munasabah bagi memastikan maklumat peribadi anda kekal selamat dan sulit, sementara ia berada dalam kawalan kami.


Sekiranya anda berpangkalan di atau membuat tempahan hartanah di Republik Rakyat China, sila klik di sini untuk senarai organisasi yang menerima pemindahan maklumat peribadi anda ke luar Republik Rakyat China, termasuk butiran hubungan mereka serta maklumat mengenai jenis data yang diproses, kaedah dan tujuan pemprosesan tersebut, dan cara anda boleh melaksanakan hak privasi data anda berhubung dengan organisasi berkenaan.

 
6. Sejauh manakah selamatnya maklumat anda?

Kami melaksanakan perlindungan pentadbiran, organisasi dan teknikal serta langkah-langkah keselamatan yang munasabah untuk melindungi maklumat peribadi dalam kawalan kami daripada pengaksesan, pengambilalihan, penzahiran, pemusnahan atau pengubahan yang tidak dibenarkan, kehilangan maklumat yang tidak disengajakan, penyalahgunaan atau kerosakan. Kami sentiasa mengkaji dan memantau perlindungan dan langkah-langkah keselamatan tersebut.

 
7. Berapa lamakah Mandarin Oriental menyimpan maklumat anda?

Setakat yang dibenarkan oleh undang-undang terpakai, kami akan menyimpan maklumat peribadi anda untuk tempoh yang diperlukan bagi menunaikan atau memenuhi perkara berikut:


  • tujuan maklumat peribadi itu diberikan,
  • keperluan perniagaan yang boleh dikenal pasti dan berterusan, termasuk keperluan penyimpanan rekod,
  • keperluan undang-undang atau pengawalseliaan khusus, dan/atau
  • suatu keperluan untuk mengekalkan rekod yang mungkin relevan dalam mana-mana penyiasatan pengawalseliaan yang termaklum atau prosiding undang-undang yang aktif.

Di mana tidak adanya alasan yang mencukupi untuk terus menyimpan maklumat peribadi tersebut, maklumat peribadi sedemikian akan dihapuskan dengan selamat dan terjamin, dilupuskan, tanpa boleh dikenal pasti dan/atau, di mana dibenarkan oleh undang-undang yang terpakai, disekat.

 
8. Apakah yang anda boleh lakukan jika anda mempunyai sebarang soalan atau kebimbangan atau ingin mengakses maklumat peribadi anda?

Pegawai Perlindungan Data kami dengan besar hati akan menjawab sebarang kebimbangan atau pertanyaan anda berkaitan dengan penggunaan atau penyimpanan data peribadi anda. Hak utama anda (bergantung pada undang-undang yang terpakai) termasuk: (a) hak untuk mengakses; (b) hak untuk pembetulan; (c) hak untuk pemadaman; (d) hak untuk menyekat pemprosesan (termasuk data peribadi yang berkaitan dengan orang lain yang mungkin dikenal pasti daripada data peribadi tersebut); (e) hak untuk membantah pemprosesan; (f) hak untuk kemudahalihan data; (g) hak untuk mengadu kepada pihak berkuasa penyeliaan; (h) hak untuk meminta agar peraturan pemprosesan maklumat peribadi anda dijelaskan dan (i) hak untuk menarik balik persetujuan. Anda boleh melaksanakan mana-mana daripada hak-hak ini berkaitan dengan data peribadi anda dengan melengkapkan borang permintaan di sini. Pegawai Perlindungan Data kami boleh dihubungi melalui e-mel di dataprivacyofficer@mohg.com atau melalui pos di 8th Floor, One Island East, Taikoo Place, 18 Westlands Road, Quarry Bay, Hong Kong (telefon: +852 2895 9288).

 
9. Bagaimanakah dengan laman web yang dipautkan?

Pautan laman web pihak ketiga ke laman web ini tidak bermaksud ia mempunyai apa-apa persekutuan dengan atau mendapat pengendorsan daripada Mandarin Oriental. Mandarin Oriental tidak memikul tanggungjawab atau liabiliti dalam apa jua bentuk untuk aktiviti yang dijalankan atau maklumat yang terkandung dalam laman web pihak ketiga.

 
10. Perubahan kepada dasar privasi ini

Dasar privasi ini tertakluk kepada perubahan dari semasa ke semasa. Tarikh kuat kuasa dasar privasi semasa ini tertera pada akhir dokumen ini. Dengan menggunakan laman web ini, anda dianggap telah menerima terma-terma semasa seperti yang tertera dalam dasar privasi ini.


* "Mandarin Oriental", "Mandarin Oriental Hotel Group", "kami", "kita" and "kami sendiri" merujuk kepada Mandarin Oriental Hotel Group Limited dan ahli gabungannya yang terlibat secara langsung dalam pengurusan dan pengendalian hartanah kumpulan di seluruh dunia, termasuk entiti pengurusan tempatan di negara dan wilayah berikut: di Abu Dhabi ini adalah Mandarin Oriental Abu Dhabi (BVI) Limited; di Austria ini adalah Mandarin Oriental Austria GmbH; di Chile ini adalah Mandarin Oriental (Chile) SpA; di China ini adalah Mandarin Oriental (Shanghai) Hotel Management Company Limited; di Republik Czech ini adalah Mandarin Oriental Prague S.R.O.; di Dubai ini adalah Mandarin Oriental Dubai (BVI) Limited; di Perancis ini adalah MOHG Hotel (Paris) SARL; di Negara Jerman ini adalah Mandarin Oriental Munich GmbH; di Greece ini adalah Mandarin Oriental (UK) Limited; di Hong Kong S.A.R. ini adalah Mandarin Oriental Hotel Group Limited; di Indonesia ini adalah P.T. MO Management Indonesia; di Itali ini adalah Mandarin Oriental Hotel Management (BVI) Limited, Mandarin Oriental (UK) Limited dan Mandarin Oriental Residences Management (UK) Limited; di Macau S.A.R. ini adalah Mandarin Oriental Residences Management (Macau) Limited; di Malaysia dan Singapura ini adalah MOHG Management (Singapore) Pte Limited; di Maghribi ini adalah MO Management SARL; di Sepanyol ini adalah Mandarin Oriental Spain SL dan Mandarin Oriental Residences Spain SL; di Switzerland ini adalah Mandarin Oriental (Switzerland) SA dan Société pour l’Exploitation de Mandarin Oriental (Genève) SA; di Taiwan ini adalah Mandarin Oriental Services Limited dan Taiwan Mandarin Oriental Residences Management Maintenance Company Limited; di Thailand ini adalah Mandarin Oriental (Thailand) Limited; di Turki ini adalah Mandarin Oriental Otelcilik Limited Şirketi dan MO Rezidans Hizmetleri Limited Sirketi; di Negeri Belanda ini adalah Mandarin Oriental Holdings B.V.; di United Kingdom ini adalah Mandarin Oriental Hyde Park Limited, Mandarin Oriental (UK) Limited dan Mandarin Oriental Residences Management (UK) Limited; dan di Amerika Syarikat ini adalah Mandarin Oriental Management (USA) Inc. and Residences at Mandarin Oriental Management (Fifth Avenue) LLC. Mandarin Oriental Hotel Group Limited dan entiti pengurusan tempatan berkenaan seperti yang tertera di atas merupakan “pengawal data” atau setaraf tempatan yang bertanggungjawab untuk menentukan tujuan dan cara pemprosesan. Maklumat hubungan untuk pengawal data adalah: melalui e-mel di: dataprivacyofficer@mohg.com dan melalui pos di: c/o Mandarin Oriental Hotel Group Limited, Tingkat 8, One Island East, Taikoo Place, 18 Westlands Road, Quarry Bay, Hong Kong.

Tarikh Berkuat kuasa: 10 April 2026